Khamis, Januari 01, 2009

2009



Tak sangka.. hari ni sudah tahun 2009. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Rasanya, azam tahun lepas pun tak tertunai lagi.

Mari kita kenang apa peristiwa penting yang telah berlaku pada tahun lepas.

1) 5th July 2008 Sabtu - Majlis Pernikahan dan Perkahwinan kami, Zaki dan Leila.

Kami dah kahwin! macam tak sangka pun ada. Daripada detik perkenalan melalui surat (Surat kertas ye, mana main email email ni) masa zaman persekolahan di MRSM Muar sampai la kami sah menjadi sepasang suami isteri walaupun pernah ter 'disconnect' dalam 1 1/2 tahun kami buktikan bahawa kami masih utuh dan berjaya membina mahligai perkahwinan. (Tersentuh hati skejap)

2) 19 - 21hb Disember 2008 - Percutian ke Phuket!

Setelah hampir setahun menunggu (beli ticket pada February 2008) akhirnya kami dah pegi honeymoon lepas lebih kurang 5 bulan berkahwin. Ha punya lah lambat honeymoon kitorang. Tapi honeymoon ni lain sikit, kami pergi bukan berdua, ada lagi sepasang. Pergi bersama Shamril dan Syib, rakan baik kami macam group honeymoon la gitu. Bagi kami, percutian ni seronok tapi biasalah, percutian mana nak sempurna ada juga perkara yang tak seberapa bes berlaku tapi nak buat macam mana kan, layan je la.

3) Kami telah berjaya membeli beberapa barang impian kami!
Setelah lama menunggu akhirnya tercapai juga impian kami untuk memiliki beberapa barang yang telah kami impikan selama ini. Antaranya:

- Basikal! Dengan azam dan tekad untuk menguruskan badan, kami telah membeli basikal setiap satu. ;) Pelabagi aksesori tambahan juga telah dibeli bagi kegunaan tertentu.

- Laptop! Setelah beberapa kali meng'usha' laptop yang ada di pasaran, kami telah memilih VAIO CS berwarna coklat metalik! woooooO!

- Handphone Sony Ericsson. Walaupun model yang tak seberapa baru, bolehlah dikatakan baru untuk pemilik handphone yang tidak bertukar selama 3 tahun lepas. Seronok!

- Motor! Sebuah motor hybrid skuter/superbike Naza GTR 150S berwarna hitam telah dibeli oleh suami pada bulan April. Ini untuk kami berdating sejurus selepas bertunang dan juga untuk kegunaan selepas berkahwin. Memandangkan saya telah mempunyai kereta, saya mencadangkan suami supaya membeli motor, kerana buat apa beli barang sampai dua jika yang tersedia boleh dikongsi bersama. Tak gitu? Lagipun dirumah kami susah nak dapat parking!

4) Naik satu tangga lagi

Alhamdulillah, pada tahun ini juga, kami telah dimurahkan rezeki dan ditambahkan kerja yang sangat banyak dan memiliki tanggungjawab yang lebih besar terhadap komitmen kerja. Lagi tambah gaji, lagi banyak responsibiliti. Betul tak?

Rasanya itu sahaja kot, yang lain lain tu perkara kecil kecilan je jadi tak perlukan cakap.

Apakah impian yang kami hendak kecapi pada tahun 2009 ini.. hmmmmm... mungkin ini:

1) Menurunkan berat badan seberapa banyak yang boleh!

Tahun 2008, berat badan saya naik mendadak, mungkin kerana bahagia bersama suami ;) Sekarang sudah di tahap kronik, jadi perlulah memikirkan cara untuk menjadi lebih sihat!

2) Berusaha untuk mendapatkan zuriat

Mungkin sebab fikirkan usia yang akan meningkat tahun demi tahun ni, jadi kami bertekad untuk berusaha mendapatkan bayi yang comel seperti kami. :P InsyaAllah

3) Tidur awal!
Rasanya salah satu aspek kegemukan ini kerana habit kami tidur lambat, paling awal kami tidur mesti dalam lingkungan 1 pagi ke atas. Sangat tidak bagus.


Rasanya, itu sahaja kot. Nanti kalau ada yang lain saya akan updatekan disini. Saya perlu kejutkan suami dari tidur untuk pergi shopping di Mid Valley.

Selamat Tahun Baru!~