Rabu, Julai 15, 2009

Bilakah kali terakhir.....


Wah!

Sudah 6 bulan berlalu. Dah berhabuk blog ni sampai nak log in pun lupa email dan password yang mana satu. Niat untuk mengupdate setiap bulan tak pun ditunaikan, mungkin sebab sibuk atapun memang malas sangat sangat.

Hari ni 15hb Julai 2009, hari Rabu. Sudah 10 hari sambutan ulangtahun pertama perkahwinan kami. Alhamdulillah berkat doa dan restu, sudah setahun kami berkahwin. :) Tapi..kalau nak ikutkan, sudah 10 tahun kami mengenali diri masing masing. Bermula dari sepucuk surat, balasan email, dan berjumpa pada sambutan hari raya.. sehingga hari ini cinta kami masih kukuh. InsyaAllah akan berkekalan selama lamanya..

6 bulan yang lepas terlalu banyak perkara yang berlaku...yang baik dan juga yang buruk. Pada post yang lepas, hampir semua azam ditunaikan.. kecuali tidur awal tu..masih lagi on dan off. Haha. Mungkin kami rasa masa tidak cukup, jadi semuanya nak di selesaikan di sebelah malam dan hasilnya, tidur lambat. Akan berusaha untuk memansuhkan tabiat tidak sihat ini. Sebut pasal kesihatan, kami telah memulakan program diet dari bulan Mei. Selepas hampir 3 bulan, suami telah berjaya menurunkan 12kg dan saya...baru 8kg.. tak mengapa anggap saja metabolism lelaki lebih dari perempuan (cuba pujuk diri sendiri). Kami akan meneruskan diet kami sehingga berjaya mendapatkan berat badan ideal! (masih perlu lebih masa lagi.. mungkin sehingga tahun hadapan. haha)

Untuk percutian pada tahun ini, kami akan ke Bandung, Indonesia bersama sama Mommy, Mak Tah dan juga Adib. Pada asalnya kami bercadang untuk bercuti berdua tetapi apabila Mommy tau kami hendak kesana, Mommy mahu ikut serta. Adib pun beritahu yang pada tahun ini dia bercadang untuk membawa Mak Tah dan Mommy bercuti ke Jakarta, bila tau kami nak ke Bandung, dia cadang untuk bercuti bersama. So kami berlima bakal ke Bandung, Indonesia pada 24hb hingga 27hb July. Kami berharap agar semuanya selamat pergi dan juga kembali. :)

Pada hari minggu lepas, kami telah ke KLCC untuk menonton Ice Age 3. Sangat seronok! Selepas menonton, kami berjalan jalan sekitar Suria KLCC untuk mencari bag galas untuk percutian ke Bandung. Setelah beberapa kedai yang kami singgah, satu pun kami tidak berkenan. Apabila kami berjalan pulang ke tempat parking, kami terdetik untuk singgah ke kedai Crumpler. Kami tahu, Crumpler adalah jenama yang mahal, niat kami untuk melihat lihat sahaja, tapi apabila suami membelek satu beg galas yang bernama Crumpler King Single yang berwarna hijau, kami terus jatuh cinta. Walaupun dengan harga yang agak mahal, kami telah membuat keputusan untuk membelinya. Memang sangat puas hati! Design yang cantik, kualiti yang bagus dan juga jenama yang meyakinkan Crumpler adalah sangat hebat! Menjadi suami yang sangat prihatin, dia menyuruh saya memilih bag tangan yang saya inginkan. Walaupun sedikit risau tentang harga, akhirnya saya telah memilih bag sandang bernama Crumpler Medium Headaitch. Untuk gambar dan cerita selanjutnya, bolehlah singgah di sini.

Satu lagi berita gembira, mulai 1hb August 2009, kami tidak perlu berkerja pada hari Sabtu. Ini adalah hadiah yang paling bermakna setelah kami berkhidmat selama hampir 3 tahun! Ketua fakulti mengarahkan kami untuk mengirimkan sms ke presiden, Yg Berbhg Tan Sri. Dengan sedikit rasa sangsi, saya telah hantar satu sms mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya. Selepas menuggu beberapa jam, saya tidak mendapat apa apa balasan, mungkin dia sibuk agaknya. Pada 7.50pm tadi, saya telah menerima balasan sms darinya! Wah! tidak menyangka boss besar telah sudi membalas sms yang tidak seberapa itu. Dia memberitahu bahawa dia gembira dengan respon yang sangat positif daripada kami semua dan selamat malam. Hari yang sangat gembira! Kami akan berkerja dengan lebih dedikasi selepas ini!

Khamis, Januari 01, 2009

2009



Tak sangka.. hari ni sudah tahun 2009. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Rasanya, azam tahun lepas pun tak tertunai lagi.

Mari kita kenang apa peristiwa penting yang telah berlaku pada tahun lepas.

1) 5th July 2008 Sabtu - Majlis Pernikahan dan Perkahwinan kami, Zaki dan Leila.

Kami dah kahwin! macam tak sangka pun ada. Daripada detik perkenalan melalui surat (Surat kertas ye, mana main email email ni) masa zaman persekolahan di MRSM Muar sampai la kami sah menjadi sepasang suami isteri walaupun pernah ter 'disconnect' dalam 1 1/2 tahun kami buktikan bahawa kami masih utuh dan berjaya membina mahligai perkahwinan. (Tersentuh hati skejap)

2) 19 - 21hb Disember 2008 - Percutian ke Phuket!

Setelah hampir setahun menunggu (beli ticket pada February 2008) akhirnya kami dah pegi honeymoon lepas lebih kurang 5 bulan berkahwin. Ha punya lah lambat honeymoon kitorang. Tapi honeymoon ni lain sikit, kami pergi bukan berdua, ada lagi sepasang. Pergi bersama Shamril dan Syib, rakan baik kami macam group honeymoon la gitu. Bagi kami, percutian ni seronok tapi biasalah, percutian mana nak sempurna ada juga perkara yang tak seberapa bes berlaku tapi nak buat macam mana kan, layan je la.

3) Kami telah berjaya membeli beberapa barang impian kami!
Setelah lama menunggu akhirnya tercapai juga impian kami untuk memiliki beberapa barang yang telah kami impikan selama ini. Antaranya:

- Basikal! Dengan azam dan tekad untuk menguruskan badan, kami telah membeli basikal setiap satu. ;) Pelabagi aksesori tambahan juga telah dibeli bagi kegunaan tertentu.

- Laptop! Setelah beberapa kali meng'usha' laptop yang ada di pasaran, kami telah memilih VAIO CS berwarna coklat metalik! woooooO!

- Handphone Sony Ericsson. Walaupun model yang tak seberapa baru, bolehlah dikatakan baru untuk pemilik handphone yang tidak bertukar selama 3 tahun lepas. Seronok!

- Motor! Sebuah motor hybrid skuter/superbike Naza GTR 150S berwarna hitam telah dibeli oleh suami pada bulan April. Ini untuk kami berdating sejurus selepas bertunang dan juga untuk kegunaan selepas berkahwin. Memandangkan saya telah mempunyai kereta, saya mencadangkan suami supaya membeli motor, kerana buat apa beli barang sampai dua jika yang tersedia boleh dikongsi bersama. Tak gitu? Lagipun dirumah kami susah nak dapat parking!

4) Naik satu tangga lagi

Alhamdulillah, pada tahun ini juga, kami telah dimurahkan rezeki dan ditambahkan kerja yang sangat banyak dan memiliki tanggungjawab yang lebih besar terhadap komitmen kerja. Lagi tambah gaji, lagi banyak responsibiliti. Betul tak?

Rasanya itu sahaja kot, yang lain lain tu perkara kecil kecilan je jadi tak perlukan cakap.

Apakah impian yang kami hendak kecapi pada tahun 2009 ini.. hmmmmm... mungkin ini:

1) Menurunkan berat badan seberapa banyak yang boleh!

Tahun 2008, berat badan saya naik mendadak, mungkin kerana bahagia bersama suami ;) Sekarang sudah di tahap kronik, jadi perlulah memikirkan cara untuk menjadi lebih sihat!

2) Berusaha untuk mendapatkan zuriat

Mungkin sebab fikirkan usia yang akan meningkat tahun demi tahun ni, jadi kami bertekad untuk berusaha mendapatkan bayi yang comel seperti kami. :P InsyaAllah

3) Tidur awal!
Rasanya salah satu aspek kegemukan ini kerana habit kami tidur lambat, paling awal kami tidur mesti dalam lingkungan 1 pagi ke atas. Sangat tidak bagus.


Rasanya, itu sahaja kot. Nanti kalau ada yang lain saya akan updatekan disini. Saya perlu kejutkan suami dari tidur untuk pergi shopping di Mid Valley.

Selamat Tahun Baru!~