Hari ini kami pulang dari kerja agak awal, 5:45 petang. Seharusnya pada pukul 5:00 petang aku berada di court badminton memukul bulu tangkis bersama beberapa rakan sekerja. Namun begitu mood aku hari ni kurang mengizinkan aku ke situ. Kerana tidak makan tengahari, kami terus ke restoran makanan Thai di Street Mall, Cyberjaya. Aku agak berselera ketika makan oleh sebab sudah agak lama tak menikmati makanan di situ. Lain pula bagi Leila, memandangkan dia seorang yang sangat cerewet dalam soal pemakanan, dia mendapati kuey teow yang di-order olehnya agak hambar. Setuju juga dengan pendapat Leila apabila aku menjamah sedikit. Sekitar jam 6:30, kami pulang ke rumah. Tidak lama selepas itu, dalam pukul 8:45 malam Leila beritahu yang dia sangat mengantuk. Tetapi tidak bagi aku. Aku biarkan Leila saja yang tidur. Oleh kerana kebosanan takde teman berbual atau beraktiviti, maka aku pun terlelap sekali.
Panas bilik tidur membuatkan aku terjaga. Oh, rupanya tingkap tidak dibuka. Bingkas bangun, tingkap dibuka satu persatu. Jam di dinding menunjukkan pukul 11:30 malam. Agak lama juga aku terlelap rupanya. Nak tidur balik, mata dah agak segar. Leila terus tidur... penat mungkin seharian bekerja. Opis kami sejak dua menjak ni memang sibuk sentiasa, mana tidaknya, syarikat audit datang untuk memeriksa perihal kewangan dan belanjawan. Kelakar juga kalau nak dikenangkan... ye la, baru sekarang nak disusun segala fail, rekod dan segala macam dokumen. Itu belum lagi dikira segala sampah untuk dibuang, segala macam bapak, mak, nenek, datuk kabinet yang nak disusun semula. Sampai badan pun berbunyi plik plak sepanjang minggu ini dan minggu lepas.
Oh ya, sekarang opis kami ada partition baru. Menarik! Baru nampak macam opis. Tapi partition yang berbentuk cubicle ni kadangkala terasa macam dalam filem Office Space pula. Haha. Banyak karakter-karakter dalam opis aku yang boleh dikaitkan dengan watak-watak fiksyen filem ini. Ah, pada aku setiap opis mesti mempunyai kaitan paling tidak pun sedikit persamaan dengan adegan filem Office Space! Sama ada ya atau tidak, lepas tengok tu fikir-fikirlah sendiri. Banyak juga yang terkena batang hidung sendiri.
Bekerja dalam abad ini memang salah satu perkara wajib, kalau tak bekerja susah nak membina hidup. Aku tak cakap pasal 'asalkan hidup'. Kalau nak yang macam tu ataupun yang jenis 'asal boleh hidup', aku dengan 99.05 % bersetuju akan perumpamaan 'Ulat dalam batu pun boleh hidup'... inikan pula manusia. Ye ye, aku tau tu. Tapi... tengok jugak la hidup yang macam mana yang kita pilih. Kalau setakat hidup untuk makan je, memang la takde masalah besar. Duduk dalam hutan, banyak pilihan yang boleh dibaham. Kalau takpun kita yang akan jadi mangsa baham haiwan-haiwan liar dan separa liar. Baru la dinamakan 'survival of the fittest' ataupun law of the jungle. Itu baru membawa maksud sebenar. Tapi kalau nak dibandingkan hutan betul dengan hutan konkrit, aku rasa dia punya cruel pun lebih kurang sama. Cuma cara perlaksanaan dia je yang agak berbeza.
Aku malas la nak bercerita pasal kapitalis itu ini, pasal diorang la yang penyebab kenapa kita terpaksa duduk depan komputer buat kerja 24 jam atau pasal diorang la kami terpaksa berkemas opis bagai nak rak. Nak dibuat macam mana kan? Dah memang kami lahir je dunia dah camni. Dah kapitalistik dan hedonistik pelbagai. Korporasi multinasional memang dah gah hebat mencengkam. Nak tak nak kena la pandai-pandai mahu hidup. Sementelah lagi, mak bapak kami bukan jenis yang memanjakan anak. Bukan jenis yang camni: "Daddy, I nak kereta porsche boxster 7 bijik minggu depan boleh tak?", anak. Bapak, "Yes my son/daughter, you may have it... I'll make it 10 for you. Or you want more?". Hah, bukan yang camtu. Terutama sekali aku, aku diajar sebegini, "Abah, nak duit bayar yuran sekolah", aku. Bapak aku, "cakap dengan cikgu, awal bulan depan abah bayar". Leila pulak camni, "daddy, nak duit bayar yuran sekolah". Daddy, "betul ke? Bukan nak buat benda lain? Belajar elok-elok, nanti bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla blabla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla. Faham?". Tuuu dia. Bukan mudah untuk jadi mudah, kawan. Jadi kami telah diajar dengan doktrinnya bahawa tidak mudah untuk mencari wang dan sesuap nasi.
Kalau nak dikirakan sejak tahun 1997 ketika era awal kemasukan aku di institusi pendidikan tinggi (aku spm tahun 1995 okey), aku dah mula berdikari. Buat kerja macam-macam, sampaikan menyapu sampah pun pernah. Part time itu ini. Dalam banyak-banyak part time jobs yang paling best adalah menjaga cyber cafe/jamming studio; dapat surfing internet free, jamming free (sampai dapat buat 4 bands sekali gus) dan juga tidur free di situ (tak payah bayar sewa rumah selama setahun). Kalau setakat cakap "Fuck the system", "Burn Out The Rich" etc... budak umur 5 tahun pun boleh cakap (sambil jari tangan tunjuk 'victory sign' terbalik bermaksud chaos lagi), kemudian balik rumah mak bapak makanan dah terhidang rapi bawah tudung saji, maid basuhkan baju, driver bersusun etc. Mungkin ada yang cakap, "eleh, dah nasib kau tak ke situ... terpaksa berdikari dan buat part time segala". Ye la... paling tidak, aku takde la sesuka hati cakap "Fuck the system", "Burn Out The Rich" semua tu. Nak cakap pun aku fikir panjang. Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Bila? Di mana? Bukan senang-senang serkap jarang fuck itu ini. Nak jadi rebellious atau pun revolusioner tidak semudah melontarkan kata-kata kesat terhadap perkara yang kita tak suka. Bukan mudah untuk menjadi mudah, kawan. Ironinya apabila mereka yang boleh mampu memperolehi kereta porsche boxster 7 bijik dalam masa seminggu (contoh ekstrem!) hasil pemberian ibu bapa mengucapkan "Fuck the system", "Burn Out The Rich" sambil jari tangan tunjuk 'victory sign' terbalik lalu menjuihkan sedikit bibir bawah ke kiri ataupun ke kanan. Ada la dua tiga kerat manusia macam ni yang aku dah jumpa, secara peribadi aku layankan saja. Takkan aku nak lempang atau patahkan jari tangan tunjuk 'victory sign' terbalik diorang tu. Takde faedah weh. Baik aku layan wife aku, lagi besar manfaat. Hehe.
Sebenarnya takde matlamat yang khusus bagi entri ni, mungkin cuma mahu memberitahu yang blog ini adalah dihasilkan secara kolektif oleh aku dengan Leila, wife aku. Kami suka baca manga Shin Chan, jadi idea menamakan blog ini sempena dialog yang tertera dalam manga tersebut 'meniuhkan' lagi semangat kami untuk menulis; paling tidak pun ianya merupakan ruang meluahkan pendapat rawak kami berdasarkan pemerhatian harian. Namun kadangkala entri tidak mempunyai tujuan yang spesifik seperti yang aku sedang tulis ni. Kami peduli apa, cuma tak faham kenapa ada manusia menggelarkan dirinya sebagai Shin Chan. Dia fikir dia tu kelakar dan sinis sangat macam Shin Chan ke? Malu la sikit.
Babai.
+ Video kat atas adalah lagu 'Volevo un gatto nero' yang popular di Itali sekitar tahun 1969. Lagu ni mempunyai versi Jepun bertajuk 'Kuroneko no Tango'. Dan Slayer juga ada cover lagu ni, klik di sini untuk tontonan.
kami adalah zaki dan leila. pasangan suami isteri yang gemar memakai pakaian hitam hampir setiap hari! bertempatan nun jauh dari kuala lumpur namun tekad untuk berjalan jalan pada hari minggu! kami amat menyukai sushi dan menonton dvd ciplak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan