Khamis, Oktober 30, 2008

Pelik?


Oh Helo!

Leila di sini.

Sudah beberapa hari tidak mengupdate blog ni. Tapi apa orang pedulik sebab takde siapa baca pun. Semalam kami berdua pergi ke Jusco Equine untuk makan malam. Lepas habis, kami ke Jusco untuk membeli air mineral (sebab air di rumah kuning hampir seminggu), oh bukan untuk mandi tapi untuk minum semestinya. hehe.

Sedang kami menolak troli Jusco, kami terserempak dengan sepasang suami isteri? boyfriend girlfriend? abang kakak? yang sangat pelik cara pemakaian dan juga stail rambut. Mereka kelihatan seperti sedikit 'trashy' kata orang puteh ataupun 'tak semenggah' kata orang melayu. Kami terkasima sebentar sebab mereka sedang memikul seorang bayi comel. Adakah itu anak mereka? mungkin tidak sebab mereka kelihatan sangat muda, seperti 15 atau 16 tahun, kedua lelaki dan perempuan. Adakah itu adik mereka? mungkin tidak juga sebab tidak mungkin mak dan ayah mereka mempercayai mereka membawa adik yang masih kecil berjalan jalan ( bayi itu dalam lingkungan 7 bulan).

Cara pembawaan diri mereka dari segi percakapan dan pergerakan badan memang mereka memang sangat kebudak budakan. Rambut di warnakan blonde (perang) , seluar jeans compang comping, memakai skirt bersama stocking net, baju baby T sendat.. sangat tidak menonjolkan ciri ciri ibu dan bapa. Kemudian kami terfikir..

adakah?

ya. itu juga mungkin.

Tidak terlalu pelik sebab budak budak zaman skarang tak kisah bila pun mereka perlu melakukan 'sexy times' bak kata Borat dengan pasangan mereka. Buat sekali je terus ada waris. Kesimpulannya, mungkin itu adalah hasil daripada penat lelah mereka pada malam itu. Tidak wajar untuk kami membuat andaian, tapi kami terfikir.. Kemudian aku berkata pada suami aku "nanti dapat anak, kita jangan pakai macam tu kay? rambut pun tak boleh colour blonde" sambil memasukkan barang barang ke dalam kereta aku yang kecil.

*gambar di atas adalah bukan yang tersebut. diambil dari google images.*

Tiada ulasan: